
KOTA KINABALU – Seramai 2,602 penduduk daripada 806 ketua isi rumah masih terjejas akibat banjir di enam daerah Sabah setakat pukul 8 pagi ini pada Jumaat, menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.
Sebanyak 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan 208 kampung.
Daerah Beaufort kekal paling terjejas dengan 274 penduduk daripada 46 kampung, diikuti Membakut (1,036 penduduk, 9 kampung) dan Sipitang (346 penduduk, 21 kampung).
Di Penampang, jumlah mangsa menunjukkan penurunan kepada 554 orang dari 24 kampung.
Manakala di Papar seramai 304 penduduk dari 20 kampung masih ditempatkan di PPS, dan di Putatan, 88 orang daripada 27 keluarga turut dipindahkan.
JPBN turut mengesahkan angka kematian kekal 13 orang setakat ini.







