Banjir Lahad Datu: Bomba selamatkan warga emas, individu lumpuh

LAHAD DATU – Seorang lelaki warga emas dan individu lumpuh berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu selepas mereka terlibat banjir dalam dua kes berasingan, pada Rabu.

Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kes pertama membabitkan pemindahan seorang mangsa lumpuh di Kampung Indah Jaya yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir.

“Sebaik menerima panggilan 3.45 petang, sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan memindahkan mangsa ke rumah keluarga mangsa dengan menggunakan stretcher.

“Setelah memastikan mangsa dalam keadaan selamat, Koperasi ditamatkan,” katanya semasa dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Rabu.

Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang warga emas berumur 72 tahun yang terperangkap banjir di Kampung Wawasan 2.

“Bomba menerima panggilan pukul 4.05 petang dan bergegas ke lokasi sejauh tiga kilometer sebelum mengeluarkan mangsa dengan menggunakan tali penyelamat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Sumsoa menasihatkan orang ramai agar berpindah ke tempat selamat sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya banjir di kawasan rumah atau sekitar.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar tidak mngambil risiko melalui jalan yang ditenggelami air bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16