Banjir: Amaran dikeluarkan di Kuching, penduduk diingatkan berjaga-jaga

KUCHING – Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) hari ini mengeluarkan amaran bagi negeri Sarawak, khususnya Kuching, berkuat kuasa hari ini sehingga pukul 11:00 malam esok.

Amaran ini dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan Peringkat Buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) awal pagi tadi, yang menjangkakan peningkatan paras air di beberapa sungai utama di kawasan berkenaan.

Menurut hantaran rasmi PRABN di Facebook JPS, amaran banjir melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Sarawak, termasuk Hospital Umum Sarawak, Jalan Ong Tiang Swee, Jalan Tabuan, Jalan Tong Wei Tah, Kampung Buso dan Kampung Segong.

Selain itu, amaran juga meliputi kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Batang Kayan, antaranya Kampung Stunggang Melayu, Kampung Semunin, Kampung Dagang dan Kampung Sileng Dayak.

PRABN menegaskan amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko banjir berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana.

Pihak jabatan juga menekankan banjir boleh berlaku lebih awal atau lambat dari masa yang dijangka bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air semasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau maklumat terkini melalui saluran rasmi JPS dan MET Malaysia.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM