Bangunan lama IPD Melaka Tengah bakal dijadikan Muzium Polis

BANDA HILIR – Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini akan dijadikan Muzium Polis dan tidak dijual kepada mana-mana pihak.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan tanah yang menempatkan bangunan berusia hampir 100 tahun itu bukan milik kerajaan negeri tetapi kepunyaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan.

“Operasi IPD Melaka Tengah akan dipindahkan secara berperingkat ke bangunan sementara iaitu di Wisma Amanah Batu Berendam bermula 9 September ini.

“Pemindahan ini demi keselesaan semua anggota dan pegawai termasuk orang awam yang datang berurusan sementara kita menunggu kelulusan peruntukan kira-kira RM250 juta untuk pembinaan bangunan baharu IPD Melaka Tengah,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.4 juta bagi menaik taraf bangunan tersebut termasuk peruntukan tambahan untuk kemudahan dan keselesaan petugas.

Akmal menegaskan dakwaan yang disebarkan melalui platform media sosial sejak semalam berhubung IPD Melaka Tengah dipindahkan kerana bangunan asal telah dijual sebagai fitnah dangkal.

Beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menimbulkan kekeliruan berhubung isu berkenaan.

Semalam, tular video berdurasi hampir dua minit di TikTok yang mendakwa warga IPD Melaka Tengah dihalau keluar dari bangunan sedia ada oleh Ketua Menteri Melaka kerana premis itu dijual kepada pihak ketiga.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar