
SARIKEI – Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (Cawangan Sarikei) akan berpindah ke pejabat JPJ baharu di Kompleks JPJ Cawangan Sarikei di Batu 4, Jalan Repok yang berhadapan SMK Tinggi Sarikei dan beroperasi pada 29 Julai 2024.
Seperti yang sedia maklum, Pejabat JPJ Cawangan Sarikei telah beroperasi di bangunan kedai lama dan kawasan adalah sangat terhad.
Pengguna sebelum ini ramai yang merungut dengan keadaan tempat perkhidmatan JPJ ini yang terpencil.
Dengan adanya Kompleks JPJ yang lebih strategik terus memudahkan orang awam berurusan dengan lebih baik dan selesa.
Oleh yang demikian, segala urusan JPJ akan secara rasminya dilaksanakan di Kompleks JPJ yang baharu.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti media sosial rasmi JPJ Cawangan Sarikei.
Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Sarikei
https://fb.me/RTDSarikei
Facebook: JPJ Sarikei
https://www.facebook.com/jpj.sarikei.sarawak
Instagram: jpjsarikei_
https://www.instagram.com/jpjsarikei_/