Bangunan baharu RM8 juta SAA sedia fasiliti lengkap untuk anak-anak autisme

SIBU – Bangunan baharu Persatuan Autistik Sibu (SAA) bakal menjadi kemudahan pertama di Sarawak yang menyediakan sokongan menyeluruh untuk anak-anak autisme bermula daripada diagnosis awal, intervensi dan terapi sehinggalah latihan vokasional.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pusat itu bukan sahaja membantu anak-anak autisme menguruskan diri tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menjana pendapatan pada masa depan.

“Kita mahu mereka bukan hanya hidup atas belas kasihan semata-mata tetapi menikmati kehidupan dengan maruah. Kemudahan ini menyediakan hampir keseluruhan spektrum kehidupan seorang individu,” katanya pada majlis perasmian ‘topping-out’ bangunan baharu SAA berhampiran Pusat Agape Sibu, pada Isnin.

Presiden SAA, David Ngu Tai Giin pula berkata, pusat tersebut mampu menampung sehingga 200 pelajar dengan penekanan kepada kemahiran hidup dan latihan pekerjaan sebenar.

“Apabila sudah dewasa, mereka mesti ada teknik dan kemahiran untuk berdikari. Sebab itu guru-guru kami sedang mengikuti latihan sehingga ke tahap Diploma Kemahiran Malaysia (DKM),” jelasnya.

Bangunan bernilai RM8 juta itu dijangka siap pada Disember 2025, lengkap dengan 10 bilik terapi, ruang vokasional kulinari, pertanian, aquaponik serta hidroponik, selain kemudahan sokongan kepada ibu bapa.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, SAA telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak autisme dan keluarga mereka di Sarawak serta pernah menerima Anugerah NGO OKU Terbaik Kebangsaan 2023.

Foto: Khairuddin, (TVS)

Related Posts

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

PENDANG – Mangsa ribut serta beberapa sekolah di Pendang kelmarin mendapat perhatian dari Kerajaan MADANI bagi membantu mereka. Menurut wakil kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

KANGAR – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan salinan dokumen pertukaran penjawat awam di negeri ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak