Bangunan baharu PERKIM Limbang dianggar RM1.5 juta

LIMBANG – Reka bentuk bangunan baharu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang yang dianggarkan menelan kos RM1.5 juta kini di peringkat penelitian bagi memastikan ia memenuhi fungsi dan keperluan organisasi berkenaan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu telah diadakan di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, penelitian terperinci terhadap pelan bangunan itu amat penting sebelum kerja-kerja fizikal bermula.

“Projek ini telah memperoleh kelulusan pemilikan sebidang tanah berkeluasan 0.54 ekar yang terletak di kawasan Jalan Kubu, Limbang sebagai tapak pembinaan.

“Justeru, penelitian terhadap pelan dan reka bentuk ini wajib dilakukan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta menepati spesifikasi yang ditetapkan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memaklumkan bahawa bangunan itu kelak bakal menyediakan kemudahan asas yang lengkap bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti serta program PERKIM di daerah ini.

Tambahnya, kemudahan baharu itu juga diharap dapat memberi manfaat jangka panjang bukan sahaja kepada ahli pertubuhan, malah kepada komuniti setempat secara keseluruhannya.

Turut hadir Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimunah Awang Muhammad Daud; Jurutera Awam JKR Limbang, Roslin Sebari; Penolong Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Limbang, Mazwandi Zekeria dan Penolong Pegawai Seni Bina JKR Limbang, Mohamad Shazral Abdul Rahim.

  • Related Posts

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan sebanyak 9,000 kilogram makanan haiwan yang tidak mempunyai permit sah dalam satu pemeriksaan di Kompleks ICQS…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    PADANG BESAR – Hasrat sebuah keluarga untuk membawa pulang jemaah umrah, Halimah Ismail, 64, ke tanah air tidak kesampaian apabila warga emas itu meninggal dunia di Madinah semalam. Anak ketiganya,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

    PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

    BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

    BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

    Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

    PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

    PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan