Bagaimana dengan nasib Dr Hussam Abu Safiya?

RAMALLAH – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan Dr. Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamala Adwan di utara Gaza, yang telah ditahan oleh tentera Israel semasa serbuan ke atas hospital tersebut pada 27 Disember.

Menurut PPS, kebimbangan tentang keselamatan satu-satunya doktor yang tingggal di utara Gaza itu belum diketahui selepas ditahan terutamanya selepas tentera Israel menafikan memiliki rekod penahanannya.

Dalam satu kenyataan, PPS menegaskan bahawa kes Dr. Abu Safiya adalah salah satu daripada ribuan kes tahanan Gaza yang menjadi mangsa jenayah kehilangan secara paksa, lapor Agensi WAFA.

PPS menambah bahawa walaupun terdapat bukti jelas mengenai penahanan Dr. Abu Safiya pada 27 Disember 2024, rejim Israel menafikan kenyataan mereka sebelum ini dan menolak kewujudan bukti, seperti video, foto, dan keterangan daripada tahanan yang telah dibebaskan.

Pihak berkuasa hak asasi manusia yang mewakili keluarga Dr. Abu Safiya, mengemukakan permintaan untuk membolehkan seorang peguam melawat beliau.

Namun, tentera Israel memberi respons dengan menafikan kewujudan sebarang rekod yang mengesahkan penahanannya justeru, sebagai tindak balas, organisasi itu memfailkan petisyen segera untuk mendedahkan nasib beliau.

PPS berkata bahawa Dr. Abu Safiya adalah salah seorang daripada sekurang-kurangnya 320 pekerja penjagaan kesihatan yang telah ditahan sejak bermulanya pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

Agensi itu menegaskan bahawa penahanan kakitangan perubatan dan pemusnahan hospital adalah aspek penting dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlangsung.

Tiga doktor dari Gaza, yang dikenali sebagai Iyad al-Rantisi, Adnan al-Barsh, dan Ziad al-Dalu, telah dibunuh semasa berada dalam tahanan Israel sejak pencerobohan Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.

PPS menggesa supaya rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas nasib Dr. Abu Safiya dan menggesa sistem hak asasi manusia antarabangsa untuk segera bertindak menyelamatkan rakyat Palestin yang sengsara.

Related Posts

Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 9,000 lokasi jadi sasaran AS-Israel

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan