‘Awak nak ke undi pemimpin masuk penjara?’, taktik kotor PN raih undi Orang Asli DUN Mahkota

KLUANG – Masyarakat Orang Asli Kampung Tanah Runtuh di sini, mengecam tindakan jentera parti Perikatan Nasional (PN) yang memburuk-burukkan Syed Hussien Syed Abdullah ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berlangsung.

Dipercayai, jentera PN ‘menghasut’ masyarakat Orang Asli supaya tidak mengundi Syed Hussien kerana beliau akan ditangkap sekiranya menang dalam pilihan raya.

Ia susulan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam satu ceramah di kempen PN PRK Mahkota meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mengesahkan Syed Hussien tidak mempunyai rekod sabitan jenayah di bawah kesalahan boleh daftar dalam konteks Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969 (Akta 7).

Penduduk kampung, Radiah Shari, 35, berkata, mereka mahu mencari pemimpin dari parti yang berjiwa rakyat bukannya sekadar menjadi pemecah belah masyarakat.

“Ada jentera parti PN yang datang berkempen di kampung kami berpesan, awak nak ke undi pemimpin yang nak masuk penjara?

“Sepatutnya kata, kalau kamu undi PN, kami akan cuba bantu masyarakat Orang Asli bukan memburukkan orang. Bagi saya, jika orang besar datang sini kita boleh tengok.

“Kita ada mata, ada hati boleh menilai ada ke pihak BN memburukkan lawan (PN), tiada kan? Kami tertanya mengapa PN mengaibkan BN.

“Kami Orang Asli ni dah cerdik sikit sepatutnya kita tak boleh nak memburuk-burukkan orang pun, lebih-lebih lagi beragama Islam serba-serbi perlu dijaga,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti Nur Hida Mohd Noorsham, 29, pula berpendapat, keperibadian Syed Hussien wajar diberikan pujian kerana sifatnya yang merendah diri dan tidak sedikit pun berkata buruk tentang pihak lawan (PN).

Dia juga turut mengagumi sifat baik penyandang DUN Mahkota terdahulu, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang tidak kekok menyantuni masyarakat Orang Asli di kampung itu.

“Syed Hussien yang bertanding itu, ada bertemu kami beliau tetapi tidak sedikit pun membuka aib atau berkata buruk mengenai calon PN.

“Dia cuma bertanya, sekiranya menang dan diberikan peluang, apakah yang perlu dibantu untuk masyarakat Orang Asli.

“Jadi kami ceritakanlah apa yang kami mahu, kerana dulu Allahyarham Sharifah Azizah dahulu rajin menjenguk kami di sini.

“Siap tidak kekok lagi dibawa pusing-pusing kampung menaiki motosikal. Dia datang dua minggu sebelum meninggal dunia. Kami amat terasa dengan pemergiannya,” katanya.

Semalam, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien memenangi PRK menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi.

Related Posts

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa