Asyraf jamin peruntukan MARA tidak tiris

MARA memberi jaminan tiada ketirisan dalam perbelanjaan peruntukan yang disalurkan kerajaan menerusi Belanjawan 2025.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menzahirkan rasa syukur atas peningkatan jumlah peruntukan kepada MARA dan memberi jaminan ia akan digunakan sebaik-baiknya.

“Alhamdulillah, peruntukan MARA dinaikkan dalam Bajet 2025.

“Peruntukan tambah baik premis perniagaan MARA dan Institusi Pendidikan MARA juga meningkat.
“Yang penting sifar ketirisan, Insya-Allah,” katanya di Facebooknya hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan untuk MARA ialah RM55 juta kepada GiatMARA dan kolej komuniti bagi lima tahun untuk mengupaya 10,000 anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran.

RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera.

Related Posts

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan. Menurut Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Banggi, Kudat menjadi contoh kawasan terpencil yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan negara termasuk dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar