LONDON – Ahli astronomi percaya mereka semakin hampir mengesahkan kewujudan atmosfera pada sebuah planet bersaiz Bumi yang berpotensi dihuni, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pencarian kehidupan di luar sistem berkenaan.
Planet itu, TRAPPIST-1e, terletak kira-kira 40 tahun cahaya dari Bumi dan satu daripada tujuh planet berbatu yang mengelilingi bintang kecil dalam sistem TRAPPIST-1.
Sekurang-kurangnya tiga planet dalam sistem itu berada di zon boleh dihuni iaitu kawasan di mana kewujudan air dalam bentuk cecair adalah berpotensi sekiranya wujud atmosfera.
Kajian terbaharu diterbitkan The Astrophysical Journal Letters mendapati, pemerhatian awal menggunakan Teleskop Angkasa James Webb (JWST) tidak menolak kemungkinan wujudnya atmosfera pada TRAPPIST-1e.
“Berdasarkan empat pemerhatian awal, kita masih tidak boleh menolak kehadiran atmosfera. Itu bermakna harapan masih ada,” kata Néstor Espinoza.
Espinoza adalah ahli astronomi di Space Telescope Science Institute,
Dia mendedahkan 15 lagi pemerhatian sedang dijalankan dan dijangka selesai hujung tahun ini.
Setakat ini, JWST hanya berjaya menolak kemungkinan atmosfera pada TRAPPIST-1b, planet paling hampir dengan bintang induknya.
Bagaimanapun, TRAPPIST-1e kekal sebagai calon terbaik untuk menampung air di permukaan.





