Artis lawak didakwa miliki ganja

PUTRAJAYA – Pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Along Cham – diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dari Tetuan Zamri Idrus – adalah bekas peserta program realiti Raja Lawak, didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh memohon untuk diikat jamin namun ditolak hakim.

Ahmad Fuad juga mengarahkan laporan kimia tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan kes disebut semula pada 27 Januari depan.

Mengikut kertas pertuduhan, Along Cham disyaki memiliki dadah jenis ganja seberat 58.23 gram.

Pelawak itu ditahan di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu.

Media sebelum ini melaporkan hasil ujian air kencing terhadap selebriti itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol manakala siasatan polis mendapati suspek tiada rekod lampau.

Related Posts

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

BINTULU – Kehadiran penyanyi popular kelahiran Sarawak, Hafiz Suip menjadi tumpuan utama apabila berjaya menarik ratusan pengunjung memeriahkan Program Sungkey Rami anjuran Cats FM di Naim Street Mall, Bintulu Paragon,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amyza Aznan hilang permata hati, peminat turut bersedih

TIADA kesakitan yang lebih memeritkan bagi seorang ibu selain terpaksa merelakan pemergian anak yang dikandung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itulah ujian berat yang sedang ditanggung pelakon, Amyza Aznan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat