Artini tawar diri tanding Exco Wanita PKR Pusat 2025-2028

TUARAN – Pengarah Strategi Wanita PKR Sabah, Artini Ali Taugan menawarkan diri dalam pemilihan PKR 2025 bagi jawatan Exco Wanita PKR Pusat bagi sesi 2025 hingga 2028.

Artini menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau mengambil maklum pandangan dari akar umbi serta rakan-rakan pimpinan lain dalam mengambil keputusan untuk bertanding bagi sesi kali ini.

“Sudah tentu sebagai wanita dari Negeri di Bawah Bayu, besar harapan kami agar suara kami bukan saja didengar malah tuntutan kami juga dipenuhi demi mengangkat martabat Wanita PKR Sabah.

“Saya akan pastikan suara kami didengar malah diangkat agar tidak dilihat lesu,” katanya.

Sehubungan itu, Artini berharap agar pemilihan itu diadakan dalam suasana kekeluargaan, dijadikan ruang memilih pemimpin yang layak diamanahkan tanggungjawab dan bukannya medan perang dengan cacian, makian atau fitnah.

“Saya memohon sokongan rakan-rakan Wanita PKR sama ada di Sabah, Sarawak mahupun di Semenanjung dalam pemilihan di peringkat pusat yang dijangka berlangsung pada Mei 2025 ini,” tambahnya.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan