
ARSENAL melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan West Ham United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Perlawanan yang juga menandakan aksi ke-300 Mikel Arteta selaku pengendali The Gunners itu dihiasi jaringan bekas pemain West Ham, Declan Rice pada minit ke-38, hasil rembatan susulan yang menewaskan benteng lawan.
Dominasi Arsenal terus membuahkan hasil pada minit ke-67 apabila Bukayo Saka menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah.
Kemenangan itu melengkapkan minggu cemerlang Arsenal selepas mencipta kebangkitan dramatik menewaskan Newcastle United hujung minggu lalu, diikuti kejayaan menundukkan Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.
Arsenal kini mengumpul 16 mata, satu mata di depan Liverpool.
West Ham pula terus bergelut di tangga kedua tercorot liga dengan empat mata.