Arsenal tenang kalahkan Leeds United

ARSENAL menjarakkan diri 7 mata dari Manchester City, untuk mengukuhkan kedudukan mereka selaku pilihan utama untuk menjuarai EPL musim ini.

Dalam aksi di Elland Road, skuad Mikel Arteta tiada masalah untuk membawa pulang 3 mata.

Gol pertama Arsenal diperoleh menerusi tandukan Martin Zubimendi pada minit ke-27 – hasil bantuan gol Noni Madueke.

Arsenal bertambah selesa apabila penjaga Karl Darlow tertampan bola ke gawang sendiri – untuk jaringan sendiri.

Pada minit ke-69, Viktor Gyokeres menyambar masuk hantaran cantik Gabriel Martinelli untuk menjadikan kedudukan 3-0 memihak pelawat.

Leeds United cuba memberikan saingan, namun jelas bergelut dengan kualiti pemain mereka.

Gabriel Jesus hampir menjadikan kedudukan 4-0 menerusi ‘point blank header,’ namun ditepis Karl Darlow.

Namun pada minit ke-86, Gabriel Jesus memastikan dirinya berada dalam senarai penjaring menerusi satu percubaan cantik selepas menerima hantaran Martin Odegaard.

Kemenangan 4-0 ke atas Leeds membawa Arsenal 7 mata dari Manchester City dalam persaingan kejuaraan EPL musim ini.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM