
SANDAKAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan menerima 15 panggilan mengenai kes pokok tumbang akibat cuaca buruk di sekitar daerah di sini pada Khamis.
Menurut hantaran di laman Facebook APM Sandakan, panggilan tersebut diterima dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan, Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah serta orang awam.
“Pasukan diketuai seorang pegawai dan 19 anggota lain-lain pangkat telah dikerahkan untuk mengendalikan kejadian tersebut.
“Sebuah kenderaan LRV, dua buah HRV serta kelengkapan logistik termasuk empat baju hujan dan enam gergaji berantai.
“Kesemua kes pokok tumbang berjaya dikendalikan dengan baik oleh pasukan APM dan tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata kenyataan tersebut.
Antara lokasi yang terlibat dengan kejadian pokok tumbang termasuk Taman Grandview; Taman Rimba Lorong Gaya 6; Jalan Lalang Batu 1½; IJM Kondominium; Sri Taman Jalan Midtown; Jalan Masuk Institut Latihan Perindustrian (ILP); Batu 9 Jalan Gereja; Laluan Pejabat Kastam; Jalan Sentosa Apartment; Taman Sentosa Jalan Maktab; Jalan Bambangan; Sabah Hotel; Jalan Lintas Taman Mawar Fasa 5B Blok 209, Lot A146, Ulu Sibuga 6 serta Taman Mawar Fasa 7.




