APM Sabah nafi tempah baju korporat, ‘scammer’ menyamar sebagai pegawai APM

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menafikan pihaknya ada membuat sebarang tempahan atau pembelian baju korporat ketika ini sekali gus memberi amaran mengenai kegiatan penipuan yang menggunakan nama jabatan itu.

APM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan berkaitan individu yang menyamar sebagai pegawai APM untuk membuat tempahan pakaian korporat sehingga menyebabkan kerugian kewangan kepada mangsa.

“Modus operandi digunakan ialah dengan mengemukakan tuntutan palsu kepada pengusaha jahitan dan pembekal kononnya bagi pihak APM Sabah.

“Untuk makluman semua pihak, sebarang urusan rasmi perolehan APM hendaklah melalui prosedur kewangan dan saluran rasmi kerajaan yang sah serta disahkan oleh pegawai berautoriti. 

“APM Sabah memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan nama serta reputasi jabatan bagi tujuan penipuan,” menurut APM, pada Isnin. 

Sehubungan itu, semua pengusaha, pembekal dan orang awam dinasihatkan supaya membuat semakan terus dengan Pejabat APM Negeri Sabah sebelum menerima atau memproses sebarang pesanan yang menggunakan nama APM.

Selain itu memastikan kesahihan dokumen rasmi termasuk LPO melalui saluran komunikasi rasmi dan tidak membuat sebarang penghantaran barangan atau memulakan kerja sebelum pengesahan rasmi diterima.

APM Sabah juga menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk penyamaran yang menggunakan nama jabatan kerajaan bagi tujuan memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas pihak lain.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran