
MIRI – Perkhidmatan bas pintar percuma di Miri bakal dilengkapi dengan aplikasi Sarawak Smart City.
Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata aplikasi tersebut memudahkan pengguna mengurus perjalanan lebih efisien.
“Aplikasi itu bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi menambah baik perkhidmatan di bandar pintar dan pusat peranginan di Miri,” ujar beliau.
Tambah beliau, inisiatif ini juga dapat mengurangkan beban orang Miri terutama golongan B40.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan ‘The Miri Smart Buses’ di Terminal Bas Miri pada Rabu.
Abang Johari berkata inisiatif itu juga seiring hasrat kerajaan Sarawak meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan di Miri.
“Usaha kerajaan Sarawak juga secara tidak langsung meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan,” ujar beliau lagi.








