Anwar, Trump tandatangan perjanjian perdagangan berskala luas

SATU perjanjian perdagangan timbal balik berskala luas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) termeterai yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran serta memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.

Perjanjian itu ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump semasa pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, kedua-dua kerajaan berkata, perjanjian itu akan memberikan pengeksport kedua-dua negara akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke pasaran masing-masing serta mengukuhkan hubungan ekonomi jangka panjang yang wujud sejak Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan 2004.

Di bawah perjanjian tersebut, Malaysia komited memberikan akses pasaran utama yang besar bagi eksport barangan industri AS, termasuk bahan kimia, jentera dan peralatan elektrik, logam serta kenderaan penumpang, selain eksport pertanian seperti tenusu, ayam dan beras.

AS pula akan mengekalkan tarif timbal balik sebanyak 19 peratus terhadap barangan Malaysia, dengan beberapa produk menerima kadar tarif sifar peratus di bawah senarai rakan kongsi sejajar.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Malaysia akan tidak akan mengenakan larangan atau kuota terhadap eksport mineral penting atau unsur nadir bumi ke AS dan akan bekerjasama dengan firma Amerika bagi mewujudkan kepastian kepada perniagaan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Bagi perdagangan digital, Malaysia bersetuju untuk tidak mengenakan cukai perkhidmatan digital yang mendiskriminasi syarikat AS serta memastikan pemindahan data merentasi sempadan yang dipercayai dengan perlindungan sewajarnya.

Kedua-dua negara juga berikrar untuk mengamalkan dan mengekalkan tahap tinggi perlindungan alam sekitar, meningkatkan penguatkuasaan hak pekerja, serta memperkukuh kerjasama dalam keselamatan pelaburan, kawalan eksport dan usaha menentang barangan palsu.

Kenyataan itu menyebut, Malaysia dan AS telah komited untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan keselamatan negara serta meningkatkan daya tahan dan inovasi rantaian bekalan.

Ia turut menambah bahawa Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perbendaharaan AS kini sedang berbincang bagi memuktamadkan persefahaman bersama mengenai dasar mata wang.

“Dalam minggu-minggu akan datang, AS dan Malaysia akan melaksanakan formaliti domestik sebelum perjanjian ini mula berkuat kuasa,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16