Anwar sedih pemergian Dr Muhammad Nur Manuty

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan menyifatkan pemergian Datuk Dr Muhammad Nur Manuty sebagai kehilangan sahabat karib.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menzahirkan perasaan terkejut menerima berita kematian Allahyarham hari ini yang juga merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya telah dikejutkan dengan pemergian sahabat karib saya almarhum Datuk Dr Muhammad Nur Manuty yang baru sahaja menyahut panggilan Ilahi.

“Almarhum merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), selain bergerak sangat aktif di lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual serta KEADILAN. Saya terkesan dan sangat sedih dengan pemergian beliau tatkala kami sempat ketemu beberapa hari yang lalu.

“Mendoakan ruh beliau diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan diberi tempat bersama para syuhada, serta keluarganya diberi kekuatan, kecekalan, dan ketabahan olehNya, Insya-Allah,” katanya.

Berita kematian Muhammad Nur Manuty disahkan oleh pegawai khas beliau, Firhan Rosli yang memaklumkan Allahyarham menghembus nafas terakhir pada jam 11.27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Komunikasi dan Komuniti (JKOM) Datuk Ismail Yusop menyifatkan pemergian Muhammad Nur Manuty sebagai kehilangan besar kepada negara.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan seluruh ahli keluarga Allahyarham diberi kesabaran dan ketabahan atas pemergian Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) atas pemergian Allahyarham yang sangat saya hormati dan sanjungi.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tersayang, tetapi juga kepada dunia akademik dan masyarakat keseluruhannya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang