Anwar rakam takziah untuk keluarga ADUN Mahkota

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di platform X.

“Mendapat khabar duka akan pemergian ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya,” katanya.

Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan dikebumikan selepas solat asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Kluang.

Media sebelum ini melaporkan Allahyarhamah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang, dimasukkan ke hospital itu akibat mengalami sesak nafas, pada awal pagi Selasa lalu.

Related Posts

Isu Petronas-PETROS selesai, Sarawak rakam penghargaan kepada PM Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas kejayaan menyelesaikan isu berhubung penglibatan Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan, Sarawak capai persetujuan, Petronas kekal peranan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menandatangani satu deklarasi bersama bersejarah yang membuka lembaran baharu kerjasama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau