Anwar PM pertama capai sasaran bina perumahan mampu milik

DATUK Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Pertama Menteri pertama yang mencapai sasaran untuk menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang berkata, ketika ini kira-kira 468,000 unit kediaman atau 95 peratus sudah dibina di seluruh negara.

Jelasnya, sasaran kerajaan untuk menyediakan 500,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat dijangka dapat dicapai hujung tahun ini.

“Bulan Jun ini kita akan lancarkan rumah mampu milik terbesar di Pulau Pinang iaitu (membabitkan) 38,000 unit lagi.

“Hujung tahun juga, (projek) Bandar MADANI pula yang akan menawarkan 13,000 unit lagi, jadi 500,000 unit ini akan dicapai tahun ini.

“Ini menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pertama yang berjaya menepati sasarannya (membina 500,000 rumah mampu milik),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Anwar itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas majlis berkenaan, Kor Ming berkata, kerjasama semua pihak khususnya kerajaan dan swasta amat penting dalam menjayakan misi dan hasrat kerajaan dalam membina kediaman rumah mampu milik secukupnya kepada rakyat.

“Kita lihat seperti hari ini, atas kerjasama pihak swasta dan kerajaan, kerajaan mendapat (nilai kediaman sebanyak) RM115 juta Rumah Belia MADANI secara percuma untuk kita agihkan kepada belia dan mahasiswa yang baru tamat pengajian sebagai rumah transit dalam kawasan Kuala Lumpur,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang