Anwar mahu draf pindaan Akta MARA dibentang dalam masa tiga bulan

KUALA LUMPUR – Tempoh tiga bulan diberikan untuk penyediaan draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MARA tidak seharusnya berlengah untuk mempersiapkannya demi menyuarakan kepentingan bumiputera.

“Saya harap draf pertama, (walaupun) Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) arah siap sebelum akhir tahun.

“Tak perlu tunggu. Ini semua di hadapan saya (ada) pakar-pakar, hendak tunggu sampai tujuh atau lapan bulan sebab apa? Beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun Mara di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar yag juga Menteri Kewangan berkata, MARA berperanan sebagai payung besar ekonomi dan pusat sehenti bagi pembangunan Bumiputera di negara ini.

“Melalui tugas baharu itu, MARA diberikan amanah untuk mengelola aspek pembangunan Bumiputera daripada semua agensi berkaitan di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara berada di fasa terakhir untuk menyiapkan pindaan Akta Mara 1966 bagi memastikan agensi itu kekal relevan, selain ditadbir urus dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, draf pindaan akta berkenaan sudah siap dan kini berada dalam fasa sesi libat urus bersama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bagi mendapatkan pandangan menyeluruh.

Related Posts

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang