Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama dua hari, bermula esok, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-25 antara kedua-dua negara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Rundingan Pemimpin Tahunan itu adalah mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara Malaysia dengan Brunei.

Pada Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25, Anwar bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala dan beberapa isu tertunggak.

“Sebagai jiran rapat serta rakan kongsi di Asean, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala.

“Rundingan Pemimpin Tahunan ini akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa serta kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara, yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa serta warisan,” katanya.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Tahun lalu, Brunei adalah rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar dalam kalangan negara anggota Asean dengan dagangan berjumlah RM9.31 bilion.

Jumlah eksport ke Brunei pada tahun lalu pula bernilai RM6.4 bilion, manakala jumlah import bernilai RM2.91 bilion.

Related Posts

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas