Anwar kunci mulut, minta media cadang nama menteri Kabinet

PUTRAJAYA – Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet yang bertiup kencang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut.

Ketika didekati pemberita, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan cadangan senarai bakal menteri Kabinet yang baharu untuk dipertimbangkan.

“Tolong bagi cadangan kalau ada,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam majlis sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan seolah-olah rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Menurutnya, sokongan Anwar sangat diharapkan untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai Menteri Kabinet tidak diketahui.

“Jadi, sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

“PM (Anwar) senyum saja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama dua tiga minggu saja lagi,” katanya ketika berucap pada majlis itu, lapor Sinar Harian.

Zambry yang juga Setiausaha Agung BN mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2 Disember 2022 di Istana Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul adalah satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.

Related Posts

Kes influenza di Sarawak masih terkawal, masyarakat dinasihat tidak panik

BEKENU – Situasi jangkitan influenza di Sarawak dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan tidak menimbulkan kebimbangan umum. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, meskipun terdapat peningkatan kes di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU17: Hajiji sahkan Rubin calon GRS bagi kerusi Kemabong

TENOM – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Datuk Rubin Balang akan mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Kemabong pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teliti tuntutan 40 peratus hak Sabah demi keadilan

Teliti tuntutan 40 peratus hak Sabah demi keadilan

Laluan curam Kg Kombo kini lebih selamat – George

  • By Fandi
  • November 8, 2025
Laluan curam Kg Kombo kini lebih selamat – George

Graduan UTS diseru jadi pemacu transformasi dan penjunjung integriti Sarawak

Graduan UTS diseru jadi pemacu transformasi dan penjunjung integriti Sarawak

Kes influenza di Sarawak masih terkawal, masyarakat dinasihat tidak panik

Kes influenza di Sarawak masih terkawal, masyarakat dinasihat tidak panik

Festival ‘Sihat Itu Saya’ pupuk budaya hidup sihat di Bekenu

Festival ‘Sihat Itu Saya’ pupuk budaya hidup sihat di Bekenu

Koperasi baharu digesa manfaat kemudahan di bawah KUSKOP

  • By Ithma
  • November 8, 2025
Koperasi baharu digesa manfaat kemudahan di bawah KUSKOP