Anwar jumpa pimpinan BBC

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Sesi itu bagi membincangkan keperluan mewujudkan sinergi dinamik antara kementerian dan agensi kerajaan dengan semua Ahli Parlimen kerajaan.

Pertemuan itu yang diketuai Presiden BBC yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, turut membincangkan pelbagai isu penting.

Ia termasuk pendidikan, kebajikan, pusat khidmat Ahli Parlimen serta penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Jalinan kerjasama ini amat penting kerana Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk mendalami setiap dasar, inisiatif dan bantuan yang diusahakan oleh Kerajaan Madani.

“Ia supaya maklumat ini dapat disampaikan kepada setiap pelosok masyarakat,” kata Anwar menerusi catatan dalam Facebook.

Pertemuan itu diadakan selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap