Anwar ingatkan PKR jangan terperangkap dalam naratif musuh

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar seluruh pimpinan dan anggota PKR terus berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan menolak politik sempit yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataannya, Anwar menegaskan bahawa PKR bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi merupakan sebuah wadah perjuangan yang dibina atas keringat, air mata dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara untuk diurus dengan lebih adil serta saksama.

“Kesetiaan kita tidak harus berpaksi kepada individu, sebaliknya kepada idealisme perjuangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau mengajak semua ahli untuk bangkit, dan memperkukuh saf perjuangan dalam menghadapi cabaran mendatang.

Menjawab dakwaan nepotisme yang dilemparkan terhadap pelantikan Nurul Izzah Anwar, Anwar mengingatkan kembali peranan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pernah memimpin parti pada saat paling getir.

“Ketika itu, tidak kedengaran sebarang suara melontarkan tuduhan nepotisme.

“Namun apabila Izzah mara secara demokratik dan mendapat sokongan terbuka anggota parti, tiba-tiba dakwaan ini dimainkan. PKR tidak boleh terperangkap dalam naratif musuh,” jelas beliau.

Tambah Anwar, kewibawaan mana-mana pemimpin termasuk Nurul Izzah harus dinilai secara adil berdasarkan sumbangan dan komitmen terhadap perjuangan parti.

“Kita tidak takut diuji, kerana PKR lahir daripada ujian. Kita tidak gentar dikecam, kerana PKR diasaskan atas keberanian melawan kezaliman dan ketidakadilan,” tegas beliau lagi.

Beliau turut menegaskan komitmen PKR untuk terus menjadi suara rakyat dengan membawa agenda ekonomi yang membela golongan rentan secara reformasi dan tadbir urus yang telus.

“Perjuangan ini belum berakhir,” katanya mengakhiri kenyataan.

Pemilihan kepimpinan pusat yang diumumkan pada Kongres Nasional Tahunan PKR semalam, menyaksikan Anwar menang tanpa bertanding jawatan Presiden, manakala Nurul Izzah menang Timbalan Presiden setelah mengalahkan Rafizi.

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miha optimis BN menang di Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) optimis BN akan terus menerajui Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas positif pengundi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi