Anwar bincang dengan Trump konflik terkini Thailand-Kemboja

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung konflik Kemboja-Thailand.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada Trump – yang turut membangkitkan mengenai hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.

“Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.

“Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

“Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif AS dengan ASEAN, serta keyakinan diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya lagi.

Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lepas, kembali tegang pada Julai dan membawa kepada pertempuran tentera selama lima hari.

Kedua-dua negara kemudian bersetuju untuk gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai, sebelum menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Oktober, ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dengan disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Trump.

Bagaimanapun, pertempuran kembali tercetus baru-baru ini, menyebabkan sejumlah kematian dan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan dari sempadan kedua-dua negara.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditemui meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemui meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding