Annuar Musa dakwa ramai pengundi ‘putih’ PN tak keluar mengundi

KUALA LUMPUR – Ketua Operasi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri untuk Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa lebih 2,000 pengundi ‘putih’ mereka tidak keluar mengundi hari ini.

Bekas ahli Parlimen Ketereh itu juga mendakwa kumpulan pengundi terbabit menerima ‘habuan berbentuk wang ringgit’ daripada pihak tertentu.

“Persaingan mungkin sengit, namun kita berserah sahaja kepada ALLAH SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Peratusan keluar mengundi bagi PRK Nenggiri petang tadi mencatatkan 71.87 peratus.

Sebanyak 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat baharu dengan menunaikan hak masing-masing di 20 pusat mengundi disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia melibatkan 46 saluran yang dibuka serentak jam 8 pagi.

Empat pusat mengundi ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Related Posts

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM