AMK Sabah kecam kenyataan ‘roti Gardenia’, ADUN PN Kedah hina maruah rakyat Sabah

KOTA KINABALU – Angkatan Muda PKR (AMK) Sabah mengecam keras kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dari Kedah yang didakwa menghina rakyat Sabah dengan mendakwa ‘Orang Sabah kempen dibagi roti Gardenia ja’.

Menurut Ketua Penerangan AMK, Mohd Nur Hilmie Milus menyifatkan kenyataan itu sebagai dangkal, biadab dan mencerminkan sikap angkuh seorang wakil rakyat yang sepatutnya menjaga keharmonian negara.

Katanya, ucapan sedemikian bukan sahaja mengguris maruah rakyat Sabah, tetapi mengukuhkan stereotaip negatif yang berpotensi menimbulkan rasa dipinggirkan serta kemarahan dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Rakyat Sabah adalah sebahagian daripada keluarga besar Malaysia yang bermaruah, berpendidikan dan komited terhadap kemajuan negara.

“Beliau mengingatkan bahawa tugas wakil rakyat bukan sekadar memacu ekonomi, tetapi memupuk nilai hormat, perpaduan dan kemanusiaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Jelasnya, beliau tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan yang cuba merendahkan negeri Sabah.

“Kami menyeru anak muda Sabah untuk bangkit dan mempertahankan maruah negeri daripada menjadi bahan politik murahan.

“Politik seharusnya menyatukan, bukan menghina  dan bukan memperlekeh. Cukuplah penghinaan terhadap rakyat Sabah.

“Kami rakyat Sabah berdiri teguh, bermaruah dan tidak akan tunduk kepada politik sempit yang memperkecilkan negeri ini,” ujarnya.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

KUANTAN – Sesi taklimat kemajuan Pelan Tindakan Khas Bandar Baharu Paya Besar memberi peluang kepada pemimpin setempat mengetahui perkembangan projek di kawasan itu. Dengan menumpukan kepada perkembangan projek Laluan Rel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan