AMK, Pemuda Amanah tolak pelantikan Nick Adams Duta AS ke Malaysia

PUTRAJAYA – Pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap prinsip dasar luar negara.

Ketua Biro Hubungan Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Arief Izuadin berkata, figura itu dilihat cenderung mengamalkan ideologi politik ekstrem kanan dan seringkali menyemai retorik perpecahan.

Menurutnya, perkara tersebut jelas bertentangan dengan nilai kemajmukan, toleransi dan solidariti yang dipegang oleh rakyat serta Kerajaan Malaysia.

“Malaysia sebagai negara berdaulat berhak, di bawah Artikel 4 Konvensyen Vienna, untuk menyuarakan kebimbangan atau menolak mana-mana pencalonan diplomat asing yang tidak selari dengan dasar luar dan sensitiviti tempatan.

“Penolakan ini bukan satu bentuk permusuhan, sebaliknya langkah mempertahankan hubungan dua hala yang sihat dan saling menghormati antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, Arief berkata, AMK akan
menghantar memorandum rasmi kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai bentuk bantahan terhadap pencalonan tersebut.

“Kita juga mendesak agar individu yang lebih berwibawa, moderat dan menghormati nilai keadilan sejagat dilantik demi kepentingan bersama,” katanya.

Sementara itu. Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Amanah, Mus’ab Muzahar berkata, Adams bukan seorang diplomat mahupun negarawan, sebaliknya dikenali sebagai figura ekstrem kanan yang lantang menyokong rejim Zionis dan ideologi Trump.

Katanya, pendirian tersebut bukan bermotifkan peribadi tetapi berteraskan prinsip, maruah negara dan solidariti terhadap rakyat tertindas, khususnya di negara Palestin.

“Retorik beliau dipenuhi kebencian, perkauman dan sentimen Islamofobia. Kehadiran beliau ke Malaysia hanya membawa agenda toksik dan politik kebencian.

“Malaysia bukan medan percubaan untuk boneka politik Amerika yang gagal di negaranya sendiri. Kita menuntut hubungan dua hala yang matang dan bermaruah

“Penolakan terhadap pelantikan Adams bukanlah satu ancaman kepada hubungan Malaysia-Amerika, sebaliknya ia merupakan mesej jelas bahawa Malaysia tidak tunduk kepada tekanan geopolitik luar.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pencalonan Nick Adams, seorang pengulas konservatif dan penulis sebagai Duta Besar AS ke Malaysia yang baharu.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit