KUANTAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang menyokong Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Pusat dalam pemilihan tahun 2025.
Menerusi kenyataan media oleh Majlis Pimpinan AMK Pahang hari ini, Kamil Munim dianggap calon terbaik bagi menduduki kerusi itu.
“Kami yakin bahawa Kamil Munim adalah calon yang mampu memimpin dengan integriti dan semangat juang tinggi.
“Kepimpinan dan visi beliau diyakini mampu membawa AMK ke tahap lebih dinamik serta memastikan perjuangan hak rakyat terutamanya generasi muda terus relevan,” katanya.
AMK Pahang turut menegaskan kepimpinan berwibawa dan berani amat penting dalam memastikan hala tuju AMK kekal progresif dan relevan dengan tuntutan semasa.
Pihaknya menyokong penuh kepimpinan yang mampu menghadapi cabaran politik negara dengan dinamik.





