Amanah Pahang mula inisiatif Perumahan Muda Pahang 1.0

PARTI Amanah Pahang sedang mencari jalan untuk menyediakan lebih banyak kediaman mampu dimiliki golongan muda di negeri ini.

Sebagai permulaaan, Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly mengadakan pertemuan bersama Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Pahang, Abdul Latif Mokhtar di pejabatnya, di Kuantan baru-baru ini.

Dalam pertemuan yang turut disertai pimpinan Amanah Pahang itu, Abdul Latif memberi taklimat berkaitan projek perumahan disediakan SPNB di Pahang.

“Buat masa ini, kami dimaklumkan terdapat dua skim iaitu Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan RMR 2.0.

“Bezanya RMR perlu menunggu giliran manakala RMR 2.0 pula rumah dibina segera dengan dana sendiri seperti dari pinjaman persendirian atau wang sendiri pemohon.

“Nilai rumah itu RM75,000 dan kerajaan menanggung sebanyak RM20,000.

“Di peringkat ini, pemohon perlu ada tanah atau mendapat izin mana-mana pihak untuk bina rumah di atas tanahnya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Mohd Fadzli berkata, jumlah rumah RMR akan tertakluk kepada kuota diberikan kerajaan Pusat.

Justeru, Amanah Pahang sedang merancang melaksanakan projek perintis untuk membina RMR secara berkelompok dengan dana terus dari kerajaan tanpa melibatkan kuota diberikan kepada kerw negeri.

“Insya-Allah… projek perintis pertama akan dilaksanakan Kuala Semantan, Temerloh.

“Usaha ini akan diperluaskan ke seluruh negeri seperti di Rompin dan Raub dengan sedikit lagi perbincangan dengan pihak berkenaan, bergantung kepada keadaan,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi perancangan Amanah Pahang untuk merintis jalan pembinaan rumah di atas tanah kerajaan negeri atau tanah milik agensi bagi rakyat yang tidak memiliki tanah.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan