
TAWAU – Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Tawau dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau komited menyantuni pesakit yang memerlukan bantuan peralatan kesihatan di sekitar daerah ini.
Pengerusinya, Fung Thin Yein berkata, usaha itu antara inisiatif kedua-dua pihak sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Baru-baru ini kita menyantuni tiga pesakit di kediaman mereka termasuk yang terlantar kerana mengalami strok di Univilla dan Taman Tawau Lama serta menggantikan kerusi roda baharu untuk seorang pesakit di Batu 4.
“Oleh itu, bantuan seperti kerusi roda, lampin pakai buang dan susu tepung untuk kesihatan mereka telah kita berikan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Fung, para penerima ini adalah mereka yang telah dikenal pasti untuk dibantu selain kerap mendapatkan rawatan di hospital dan akan diteruskan kepada mereka yang memerlukan.
Beliau berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan dan mobiliti mereka agar merasakan kebebasan bergerak seperti individu lain.