‘Almariku ke Almarimu’ inisiatif SK Bukit Quoin Tawau berkongsi pakaian, barangan keperluan

TAWAU – Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Quoin berinisiatif berkongsi rezeki pelbagai barang keperluan termasuk pakaian dalam usaha menggalakkan semangat memberi dan membantu mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan.

Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Quoin, Hariyati Haris berkata program ‘Almariku ke Almarimu’ ini mampu mengurangkan pembaziran dengan memanfaatkan barangan yang masih elok.

“Guru-guru dan masyarakat akan diminta untuk menyumbang barang-barang terpakai seperti pakaian, peralatan dapur,  perabot atau barang keperluan lain yang masih baik ke ruang simpanan komuniti atau pusat pengumpulan.

“Barangan yang diterima akan disusun, digantung dan diagihkan kepada murid serta keluarga yang memerlukan, terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan.

“Murid-murid Asnaf, anak yatim, ibu tunggal, bapa tunggal serta masyarakat asnaf yang tinggal sekitar kawasan sekolah boleh memilih sendiri barangan yang mereka perlukan pada masa yang ditetapkan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Jumaat.

Hariyati berkata, penganjuran program sepanjang bulan penuh berkah ini didorong oleh semangat kemanusiaan, kesedaran alam sekitar serta menggalakkan masyarakat untuk memberi bagi membina komuniti yang lebih prihatin, harmoni dan bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Tawau bersama menyokong dan turut serta pada program berkenaan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Sokongan masyarakat akan menentukan kejayaan program ini dan dengan semangat kebersamaan dapat mengukuhkan lagi nilai-nilai positif dalam komuniti,” ujarnya.

Antara program lain anjuran SK Bukit Quoin sepanjang mengimarahkan Ramadan adalah Tadarus dan Tadabbur Al-Quran (30 Juz 30 Kisah), Majlis Berkhatam Al-Quran, Tabung Ramadan dan Bakul Berkat.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi