“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan ini”

TAWAU – Bantuan yang disalurkan pada saat memerlukan amat besar ertinya kepada penerima, khususnya golongan ibu tunggal dan keluarga asnaf yang bergelut dengan kesusahan.

Seorang penerima, Rusia Mahmud, 58, suri rumah dari Kampung Sungai Gading, Wakuba, meluahkan rasa syukur kerana dapat mewakili ibunya menerima sumbangan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Beliau berkata, ibunya kini sedang dirawat di Hospital Tawau akibat bengkak hempedu, dan bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang sangat bermakna ini.

“Saya berterima kasih kepada Datin Seri Datuk Juliah Salag bersama ahli MUTIARA GRS lain kerana membantu golongan asnaf secara berterusan.

“Dengan bantuan yang ada, ia dapat meringankan kami sekeluarga,” katanya kepada media pada Program Ziarah Amal MUTIARA GRS di Hotel Emas, di sini, pada Sabtu.

Seorang lagi penerima, Sumarti Calla, 53, peniaga kuih-muih dari Kampung Ranggu berkata, bantuan yang diterima amat melegakan kerana mendepani cabaran kos sara hidup tinggi ketika ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana banyak inisiatif disediakan oleh Kerajaan Persekutuan serta Negeri dan saya juga penerima SARA dan STR.

“Saya ada empat anak dan tiga masih bersekolah dan sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja mengambil tempahan makanan secara kecil-kecilan, sudah tentu bantuan ini amat membantu kami sekeluarga,” katanya.

Program ziarah MUTIARA GRS yang berlangsung sepanjang tahun ini menyantuni komuniti memerlukan di pelbagai daerah termasuk golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal serta pelajar pendidikan khas.

Dalam lawatan ke Tawau kali ini, tujuh sekolah pendidikan khas integrasi (PPKI) masing-masing menerima bantuan RM2,000 manakala sebuah madrasah dan rumah anak yatim menerima RM1,000.

Penerima asnaf turut menerima wang tunai dan bantuan bakul makanan dapur.

Menurut Juliah sebagai Yang Dipertua MUTIARA GRS, program sama diadakan di Nabawan pada Jun dan dijadual diteruskan ke daerah pedalaman bulan hadapan.

“Inisiatif ini amat istimewa kerana kita dapat mendekati mereka yang memerlukan.

“Mudah-mudahan NGO lain turut menyambut seruan membantu golongan ini,” ujarnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti