Albert Tei seperti Elon Musk, pelobi dan penyumbang politik – Ahmad Farid

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan PKR Sabah, Ahmad Farid Sanuri menyamakan ahli perniagaan tempatan, Albert Tei dengan jutawan terkenal dunia, Elon Musk dari segi peranan mereka sebagai pelobi dan penyumbang politik.

Menurut Farid, perbezaan ketara antara kedua-dua ahli perniagaan ini adalah dari sudut sistem dan undang-undang negara masing-masing.

“Elon Musk beroperasi dalam sistem politik Amerika Syarikat yang membenarkan dana politik disalurkan secara terbuka dan sah kepada parti-parti politik.

“Bagaimanapun, di negara ini khususnya Sabah masih belum mempunyai undang-undang atau garis panduan jelas berhubung sumbangan politik oleh individu atau syarikat.

“Di Amerika Elon Musk secara rasmi menyumbang lebih AS$277 juta kepada kempen Pilihan raya Donald Trump.

“Di Malaysia, kita dengar Albert Tei menyumbang lebih RM2 juta kepada beberapa ADUN tetapi secara ‘tapuk-tapuk’ dengan tujuan mendapatkan lesen penerokaan mineral,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Selasa.

Tambah beliau, walaupun Elon Musk tidak secara terang-terangan menyatakan sebarang balasan yang diharapkan daripada sumbangan itu, umum mengetahui bahawa syarikat miliknya SpaceX, memperoleh kontrak bernilai lebih AS$20 bilion daripada NASA sejak tahun 2008.

“Soalnya di sini ialah ketelusan. Bila tiada undang-undang yang jelas, transaksi kewangan seperti ini membuka ruang kepada konflik kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Tegas Farid, usaha memperkenalkan Akta Pendanaan Politik amat penting bagi memastikan integriti sistem politik negara terpelihara dan mengelakkan kebocoran hasil negeri yang didakwa berlaku melalui transaksi tidak rasmi.

“Berapa banyak wang rakyat sudah hilang, berapa banyak lesen dan sumber negeri telah berpindah tangan kepada individu tertentu atas nama sumbangan politik yang tidak diaudit?” soalnya.

Justeru, beliau menyeru usaha menggubal Akta Pendanaan Politik dapat dipercepatkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan sokongan semua pihak demi memperkukuh sistem tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM