Al-Sultan Abdullah berkenan terima sumbangan FGV

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima sumbangan RM6.87 juta daripada FGV Holdings Berhad (FGV) untuk disalurkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta komuniti setempat.

Daripada jumlah itu, RM4.87 juta adalah bayaran zakat perniagaan FGV bagi haul 2024 yang diserahkan kepada MUIP, manakala RM2 juta lagi disalurkan terus kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan tunai FGV sebanyak RM500 seorang kepada 100 asnaf, selain menyempurnakan penyerahan cek cura untuk pelbagai inisiatif lain.

Antara inisiatif itu ialah pembinaan 10 unit rumah baharu untuk asnaf bernilai RM863,700, sumbangan kepada 15 institusi pendidikan melibatkan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Maahad serta kerja naik taraf Masjid Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) di sini bernilai RM100,000.

Sumbangan lain membabitkan penyerahan mesin ultrabunyi bernilai RM89,000 kepada Klinik Kesihatan Chini, penyediaan van jenazah bernilai RM150,000, pelaksanaan Projek Hijrah Asnaf bersama MUIP dan Agrobank bernilai RM500,000 serta sumbangan RM100,000 kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).

Baginda menerima serta menyampaikan sumbangan berkenaan pada Program FGV Seikhlas Hati: Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Kurniaan Sumbangan Kumpulan FGV 2025 di Jerantut, hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada FGV atas sumbangan zakat perniagaan berkenaan selain mendoakan syarikat itu terus berjaya pada masa akan datang.

“Saya harap FGV dapat menambah lagi zakat perniagaan ini pada tahun hadapan, insya-Allah,” titah baginda, lapor Bernama.

Seiring dengan titah itu, Pengerusi FGV Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, pihaknya komited meningkatkan jumlah zakat mengikut kemampuan syarikat pada masa depan.

Beliau berkata, program FGV Seikhlas Hati bukan sahaja menjadi platform untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, malah berfungsi sebagai insentif kepada warga kerja syarikat supaya lebih produktif dalam mengurangkan kos, meningkatkan hasil dan seterusnya meraih keuntungan lebih besar.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri