Aktivis GSF dakwa dilayan ‘seperti binatang’

ISTANBUL – Aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas diusir dari Israel berikutan tindakan tentera rejim itu memintas flotila mereka menuju ke Gaza, mendakwa mereka diperlakukan dengan ganas dan ‘seperti binatang’.

Global Sumud Flotila (GSF) berlayar bulan lalu dengan misi membawa bantuan ke Gaza yang musnah akibat peperangan, namun Israel menghalang kumpulan kapal itu dan menahan lebih 400 individu sebelum mula mengusir mereka pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, seramai 137 aktivis dari 13 negara tiba di Istanbul pada Sabtu, termasuk 36 warga Turkiye.

Wartawan Itali, Lorenzo D’Agostino, yang menaiki flotila berkenaan bagi membuat liputan misinya, berkata mereka ‘diculik di perairan antarabangsa’ ketika berada 88 kilometer dari Gaza.

“Ia dua hari penuh derita yang kami lalui dalam penjara. Kami kini bebas hasil tekanan masyarakat antarabangsa yang menyokong Palestin,” katanya kepada Reuters.

Dia turut menekankan layanan terhadap aktivis iklim Sweden Greta Thunberg yang turut berada di atas flotila sama.

“Thunberg, seorang wanita yang berani, baru berusia 22 tahun. Dia dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi,” katanya.

Agostino menyifatkan ketibaan di Pelabuhan Ashdod sebagai penuh permusuhan, dengan kehadiran Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Ben-Gvir berada di luar tempat ketibaan di Pelabuhan Ashdod ketika kami tiba. Dia seolah-olah memastikan kami dilayan seperti pengganas kerana dia menganggap kami pengganas,” katanya.

“Jadi saya bernasib baik kerana dapat keluar sebelum Ben-Gvir tiba,” tambah Agostino.

Dia berkata, mata mereka ditutup, digari dengan ketat, pakaian tidak mencukupi serta dibiarkan dalam keadaan suhu sejuk beku di dalam van berhawa dingin selama berjam-jam.

Ahli majlis wilayah dari Lombardy, Itali, Paolo Romano, memberitahu AFP di Lapangan Terbang Istanbul bahawa mereka dipintas oleh sejumlah besar kapal tentera.

“Beberapa kapal turut diserang dengan meriam air. Semua kapal dirampas oleh pasukan bersenjata berat dan dibawa ke darat.

“Mereka memaksa kami berlutut sambil tunduk ke bawah. Jika kami bergerak, mereka memukul kami. Mereka ketawa, menghina dan memukul kami.

“Mereka menggunakan keganasan fizikal dan psikologi,” kata lelaki berusia 29 tahun itu.

Related Posts

Perdana Menteri Perancis letak jawatan

PARIS – Perdana Menteri baharu Perancis, Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee, hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi izin semua jenis visa tunai umrah

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). Kementerian itu memaklumkan langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000