Aktivis GSF dakwa diberi ‘makanan haiwan’

PUTRAJAYA – Sebahagian daripada 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, dipukul di bahagian muka, rambut ditarik, dan diberikan ‘makanan haiwan’ ketika berada dalam tahanan Israel.

Perkara itu didedahkan seorang peguam mewakili 23 aktivis berkenaan, Fahmi Abd Moin, berdasarkan hasil perbualan secara kasual dengan mereka di Istanbul, Turkiye.

Fahmi berkata, pasukan peguam akan mengumpulkan semua maklumat terbabit sebelum mempertimbang untuk menghantar laporan lengkap kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

“Melalui perbualan secara kasual, mereka menyatakan diberi layanan buruk seperti rambut ditarik, dipukul di muka dan diberikan makanan yang kalau diikutkan maksudnya – makanan kepada binatang.

“Mereka juga minum air paip dari tandas penjara… semua kisah ini akan kami kumpulkan sejurus balik ke Kuala Lumpur nanti,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Selain Fahmi, empat lagi peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia yang mewakili 23 sukarelawan Malaysia terbabit ialah Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi