Akmal Saleh tidak pernah disekat berkempen pada PRK DUN Mahkota

KLUANG – Tiiada sebarang arahan dikeluarkan oleh UMNO untuk menghalang Ketua Pemudanya, Datuk Dr Akmal Saleh turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana ketegasan beliau terhadap Naib Presiden DAP, Teresa Kok berhubung isu pengsijilan halal adalah pandangan peribadi.

“Perkara (Akmal disekat turun padang) adalah tidak betul kerana kita tahu apa yang sudah berlaku.

“Ia hanyalah pandangan peribadi Akmal dan Teresa, tiada kaitan dengan UMNO dan DAP,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Pesta Tanglung bersama masyarakat Tiong Hua, malam tadi.

Turut hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan beberapa barisan Exco Negeri Johor.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Akmal ketika ini didakwa sudah mula ‘dikurangkan’ peranan ketika berkempen bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat menawan semula pengundi cina, yang merupakan salah satu pengundi besar dimiliki oleh DUN Mahkota.

Sumber UMNO berkata, peranan Akmal dilihat terhad walaupun calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah merupakan sayap komponen daripada parti berkenaan.

Katanya, BN seharusnya mengakui kepentingan memastikan semua pengundi Mahkota berasa diwakili dan dihormati, bagi meraih sokongan mereka.

Bagaimanapun, sumber tersebut menyatakan keyakinan terhadap keupayaan parti itu untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi di kalangan kaum Cina pada hari pengundian, walaupun trend keluar mengundi masyarakat berkenaan ketika ini mulai menurun.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan