Akmal Saleh letak jawatan Exco Melaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh pada Khamis mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkuatkuasa minggu depan.

Mengumumkan keputusan itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, beliau menjelaskan akan kekal dengan jawatan Ketua Pemuda pergerakan berkenaan.

Dr Akmal yang menyandang jawatan itu sejak April 2023 berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai EXCO (kerajaan negeri) berkuatkuasa minggu depan,” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Dr Akmal mengakui sudah meluahkan hasrat dan isi hati ketika bertemu Ahmad Zahid serta berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri itu kerana sudi mendengar luahan hati beliau.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan inti pati perbincangan bersama Ahmad Zahid mahupun keputusan sama ada akan terus memegang jawatan sedia ada atau sebaliknya, sekadar berharap keputusannya yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO.

Tedahulu, Dr Akmal dilaporkan berkata, beliau akan akur dengan keputusan dibuat Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.

Ini kerana, kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding di DUN dan dilantik sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Media sebelum ini melaporkan, Dr Akmal memberi bayangan sedia melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan EXCO Kerajaan Melaka susulan kontroversi desakannya supaya parti itu mempertimbangkan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy