Air laut berubah warna, pendapatan nelayan turut terjejas

LEBIH 100 nelayan pantai di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda di Kedah kini berdepan kesukaran mencari rezeki berikutan hakisan tanah yang semakin serius di kawasan itu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, masalah tersebut berpunca daripada aktiviti penerokaan bukit dan penambakan tanah yang berleluasa sejak empat tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati air laut di kawasan itu telah berubah menjadi merah dan berlumpur akibat hakisan dari kawasan bukit berhampiran.

“Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan laut, malah memberi kesan terus kepada kehidupan sekitar 100 nelayan yang bergantung kepada kawasan itu untuk menangkap hasil laut.

“Kami kecewa kerana walaupun isu ini sudah lama berlaku, tiada satu pun pihak tampil menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, situasi bertambah buruk ketika hujan lebat dan ombak besar apabila tanah dari bukit yang diteroka runtuh dan mengalir terus ke laut.

“Jika dibiarkan, cerun bukit itu berisiko runtuh sepenuhnya dan mencetuskan bencana alam yang lebih besar,” jelasnya.

Tambah Mohideen, pencemaran laut akibat hakisan itu juga boleh mengakibatkan kepupusan spesies marin seperti ketam, siput, ikan dan udang.

“Kawasan jeti nelayan di sini turut terjejas apabila semakin cetek, menyukarkan mereka melabuhkan perahu atau mendaratkan hasil tangkapan.

Sebahagian daripada kawasan yang terhakis di sekitar Kampung Teluk Nipah.

“Sehubungan itu, CAP menggesa siasatan menyeluruh dijalankan segera dan tindakan tegas diambil bagi menghentikan kerosakan berterusan kepada alam sekitar dan kehidupan komuniti nelayan.

“Pembinaan benteng cegah hakisan juga perlu disegerakan bagi menghalang sisa lumpur terus mengalir ke laut serta menjejaskan kawasan perikanan di Teluk Nipah,” kata beliau.

Mohideen berkata, Kerajaan Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) juga digesa supaya bertindak segera menangani masalah hakisan tanah yang semakin serius di kampung berkenaan.

Related Posts

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

PENDANG – Mangsa ribut serta beberapa sekolah di Pendang kelmarin mendapat perhatian dari Kerajaan MADANI bagi membantu mereka. Menurut wakil kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

KANGAR – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan salinan dokumen pertukaran penjawat awam di negeri ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak