Ahli Parlimen Sungai Petani terima ugutan video porno palsu AI

AHLI Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari (PKR) mendakwa menerima emel ugutan yang disertakan dengan video porno palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, emel berkenaan menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM470,000) dengan ancaman untuk menyebarkan video berkenaan sekiranya wang tidak dibayar.

“Saya memandang serius ugutan ini kerana ia melibatkan cubaan merosakkan reputasi dan integriti saya sebagai wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Taufiq, laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihaknya juga akan membuat laporan polis.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penyalahgunaan teknologi ‘deepfake’ yang semakin digunakan sebagai alat pemerasan.

Semalam, dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan) dan Wong Chen (Subang) turut mendedahkan menerima ugutan sama.

Sementara itu, polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa