Agihan wang ihsan pesawah selesai pertengahan April

PUTRAJAYA – Pengagihan wang ihsan RM30 juta kepada 200,000 pesawah yang layak di seluruh negara, dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan bulan ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, proses itu mengambil sedikit masa berikutan perlu mematuhi peraturan kewangan serta tatacara dalaman syarikat.

“Setiap proses pengeluaran dana memerlukan pematuhan ketat kepada prosedur operasi standard (SOP), piawaian pengurusan kewangan dalaman serta kelulusan pihak pengurusan tertinggi syarikat.

“Maka, penyaluran sumbangan hanya boleh dilaksanakan setelah semua keperluan pematuhan ini diselesaikan sepenuhnya.

“Ia seiring dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diamalkan pihak syarikat, terutama membabitkan dana berskala besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad sekali gus memaklumkan dana RM30 juta itu sudah diterima daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada 28 Mac lalu.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) amat memahami kegusaran serta harapan tinggi pesawah dan komited dalam memastikan bantuan itu sampai kepada semua yang berhak.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan bekas wartawan FMT

PUTRAJAYA – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi dalam satu wacana awam, Isnin lalu. Tan, 31, yang meletak jawatan pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim