ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

SERIAN – Kerosakan serius infrastruktur akibat bencana alam yang melanda tiga buah kampung di kawasan Parlimen Serian di sini, menuntut tindakan segera pihak berwajib demi keselamatan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, insiden tersebut menyebabkan jalan utama ke Kampung Krusen Kranji dan Kampung Sorak Melayu terputus sepenuhnya, manakala jambatan gantung di Kampung Krusen Si-U mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, satu lawatan tapak bersama pelbagai agensi teknikal telah diadakan pada pagi Selasa bagi menilai tahap kerosakan dan membincangkan kaedah penyelesaian terbaik.

“Fokus utama kita adalah menilai kerosakan infrastruktur ini bagi merangka penyelesaian segera serta perancangan jangka panjang.

“Ini termasuk meneliti isu sistem perparitan, kestabilan cerun serta pelan pembinaan struktur baharu yang lebih selamat dan mampan untuk kegunaan penduduk,” katanya selepas mengadakan tinjauan di lokasi kejadian.

Dr Simon menegaskan bahawa aspek keselamatan dan kemudahan rakyat merupakan agenda utama kerajaan negeri.

“Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Usaha bersepadu dan tindakan proaktif daripada semua agensi terlibat amat penting bagi memastikan masalah di kawasan berisiko ini dapat ditangani segera,” tambahnya.

Lawatan kerja tersebut turut disertai wakil daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) serta Pejabat Residen dan Daerah Serian.

Foto : Facebook YB Dato Richard Riot

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri