KUANTAN – ADUN Semambu, Chan Chun Kuang meluangkan masa melawat mangsa samun di Taman Impianku, dekat sini, semalam.
Lawatan itu dilakukan bersama komuniti KRT Taman Impianku di premis mangsa yang terletak di kawasan bangunan perniagaan taman berkenaan.
“Saya sempat menziarah pemilik kedai, Encik Rusdi bersama KRT Taman ImpianKu.
“Syukur… dengan keberanian dan ketenangan beliau, penjenayah berjaya ditumpaskan… meskipun beliau turut cedera — termasuk luka akibat tikaman di kaki,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam insiden baru-baru ini, pemilik premis menjual aksesori telefon bimbit mengalami kecederaan selepas diserang pelanggan, seorang wanita warga asing.
Chun Kuang berkata, kejadian tidak dijangka seperti ini boleh diatasi sekiranya langkah keselamatan diambil selain lebih berwaspada.
“Saya akan terus mengambil berat keperluan keselamatan komuniti dengan mengadakan perbincangan bersama pihak KRT bagi menambah baik aspek pemantauan dan kerjasama penduduk setempat,” ujarnya.







