ADUN Semambu pantau projek Rumah Makmur Kampung Tiram

KUANTAN – Projek perumahan inisiatif kerajaan Pahang di Kampung Tiram, dekat sini, tidak terbengkalai seperti didakwa pihak tertentu.

Bagaimanapun, projek Rumah Makmur itu diakui mengalami kelewatan untuk disiapkan berbanding jadual asal.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang menerusi satu kenyataan media petang tadi.

“Saya mengambil maklum dan memandang serius dakwaan yang tular di media sosial berkenaan status ‘Projek Rumah Makmur Kampung Tiram’ baru-baru ini.

“Saya faham dan bersimpati bahawa kelewatan ini memberi tekanan dan kesulitan kepada pemilik Rumah Makmur, khususnya golongan B40 yang berhasrat untuk memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik (RM80,000).

“Ramai antara mereka kini terpaksa menanggung bayaran ansuran pinjaman perumahan dan kos sewaan rumah dalam masa yang sama,” katanya.

Chun Kuang berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan projek itu sejak dilancarkan pada tahun 2019 dan sentiasa memberi sokongan kepada pemohon yang layak menurut senarai disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

“Dalam tempoh setahun yang lalu, saya turut mengambil inisiatif membantu menyelesaikan beberapa isu yang memberi kesan kepada penduduk sekitar, termasuk isu habuk, kelajuan kenderaan berat, dan keadaan jalan yang rosak, demi memastikan kelancaran pelaksanaan projek ini.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan bahawa projek ini masih berjalan dan tidak terbengkalai, tetapi mengalami kelewatan disebabkan impak pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan syarikat pemaju.

“Saya difahamkan bahawa projek ini pada asalnya dijadualkan siap pada Oktober 2024… namun demikian, berdasarkan kenyataan rasmi dikeluarkan LPHP, tarikh sasaran baharu untuk penyiapan projek ini adalah pada Mac 2026,” jelasnya.

Beliau berharap agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual baharu ditetapkan dan pemilik rumah dapat menduduki kediaman mereka selewat-lewatnya tahun depan.

“Saya akan terus memantau rapat perkembangan ini dan berusaha memastikan kebimbangan dan masalah pemilik Rumah Makmur Kampung Tiram ini diberi perhatian serta diambil tindakan sewajarnya,” tambahnya.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global