Adik buntu perlu RM40,000 bawa pulang jenazah kakak dari Korea Selatan

KINARUT – Seorang wanita buntu kerana memerlukan dana sebanyak RM40,000 untuk membawa pulang jenazah kakaknya yang disahkan meninggal dunia di Hospital Chungmu Asan, Korea Selatan pada Ahad lepas, 24 November.

Menurut Normah Datu Harun, 36, dari Kampung Suangon yang merupakan adik kepada arwah Hanalin Datu Harun, 39, kos diperlukan setakat ini adalah RM40,000 tetapi jika gagal membawa jenazah kembali ke Sabah dalam kadar segera, kos akan bertambah.

“Tetapi jika belum dapat keluarkan jenazah dari hospital, kos itu akan bertambah kerana apabila pihak hospital keluarkan permit keluar, peti mayat akan dikenakan bayaran dan kemudian bil akan bertambah lagi.

“Kakak ke Korea Selatan bagi tujuan bekerja tetapi baru beberapa bulan terpaksa berhenti kerana tidak sihat,” jelasnya ketika dihubungi wartawan TMP di sini pada Selasa.

Jelasnya, punca kematian kakaknya adalah disebabkan gastrik yang teruk selama sebulan.

Sehubungan itu, Normah memohon ehsan dan jasa baik orang ramai yang ingin membantu dan meringankan beban keluarga ini untuk menghulurkan sumbangan di akaun CIMB 7636977293 atas nama Normah binti Datu Harun.

Related Posts

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif