Abidin kena mula berkhidmat, bukan main politik – Ameera

NIBONG TEBAL – Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Ameera Nadia Mohd Shafiee menyelar tindakan ADUN Sg Bakap, Abidin Ismail atas penganjuran Ceramah Jelajah Gelombang Selamatkan Malaysia di Sungai Duri, Sg Bakap beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Menurut Ameera, penganjuran ceramah berkenaan sengaja dibuat untuk mensensasikan dan memanaskan lagi isu-isu semasa.

“Sepatutnya Abidin sebagai ADUN Sungai Bakap menggunakan pendekatan yang sewajarnya untuk mencari titik perdamaian dan memfokuskan kepada isu-isu tempatan yang masih banyak perlu diselesaikan” katanya.

Selain itu, pelbagai isu-isu setempat seperti masalah ketiadaan air di beberapa penempatan di Sungai Bakap, serta masalah tambah baik prasarana memerlukan tumpuan, tambahan pula, ada isu-isu rakyat lainnya juga perlu diberi penekanan tanpa mengambil kira pilihan parti politik, menurut Ameera.

“Kepada Abidin, bukan semua isu perlu dipolitikkan”, tegas Ameera.

Abidin menang di PRK Dun Sg Bakap dengan majoriti 4267 undi pada PRK yang lalu.

Related Posts

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkukuh usaha meringankan beban rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif Pasar Sejahtera Rakyat Perak (PSRP) dengan peruntukan sebanyak RM3.7 juta bagi tahun 2026. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

SANDAKAN – Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau barter trade antara negeri ini dan selatan Filipina.‎‎Ketua Menteri, Hajiji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN